“Hye cinta dah siap ke?” Iskandar memeluk
Natasha dari belakang.
“Arrrgghh..”Natasha terjerit sedikit kerana
terkejut. Hampir terlepas mangkuk krim di tangannya.
Iskandar tertawa kecil. Mangkuk di tangan
Natasha disambut dari belakang badan Natasha. Mujur tangannya panjang kalau
tidak pasti sudah terlepas berkecai di lantai mangkuk itu.
“Abang ni tak tahu bagi salam ke? Main
terjah je. Terkejut Tasha tau.” Natasha merajuk.
Pelukan Iskandar di pinggang dilepaskan.
Orang banyak kerja dia nak bermanja-manja. Tak ada kerja. Orang suruh dia
tolong dia sibuk nak mengelat. Dan dan je petang-petang macam ni nak tengok
cerita kartun Jimmy Neutron. Memang sengaja nak buat orang merajuk.
“Alololo… merajuk cinta abang ni. Sorry
sayang.” Iskandar memujuk. Alamak merajuk pulak dia. Aduhai. Lately suka benar
dia merajuk. Kepalanya digaru sedikit. Idea!
Krim yang berada di dalam mangkuk di colek
sedikit dengan jari dan disapu di hidung
Natasha. Terjerit kuat Natasha bila diperlakukan begitu. Dan apa lagi.
Terjadilah perang mencalit krim. Mujur kek itu masih selamat siap.
Iskandar menekan pantas punat off di radio.
Apalah pasal asyik nak keluar je lagu ni? Apalah deejay ni.Bukannya nak pasang
lagu raya ke lagu puasa ke. Ini tidak lagu ni juga yang dia nak pasang. Aku ni
baru aje nak bergumbira. Dia pasang pulak lagu ni. Aduhai. Natasha yang
disebelahnya dipandang sekilas. Ada senyum sinis di situ. Nak gelakkan aku lah
tu.
“Abang. Kenapa off? Tasha nak dengar lagu
Firman tu.”Natasha merengek. Sengaja nak lihat reaksi Iskandar. Apa katanya
nanti. Iskandar mengetap bibir sedikit namun tersenyum semula. Idea bernas
timbul di mindanya.
“Tak payahlah sayang dengar lagu Firman.
Meh kita dengar lagu khas dari Iskandar.” Iskandar menjawab.
Bibirnya mengukir senyuman manis kepada Natasha
sebelum matanya kembali ke arah jalan raya. Jari jemari Natasha yang berada di
dalam genggamannya dikucup lama. Natasha pula senang diperlakukan begitu. Rasa
dirinya begitu dekat di hati Iskandar.
“Lagu Iskandar? Lagu apa pulak? Tak pernah
dengar pun.” Natasha menyoal.
“Haa… itulah cinta tak tahu. Ada satu lagu
tu. Samalah macam lagu Firman tapi ini lagu yang Tasha suka dan dah jadi
kesukaan abang juga. So nama dia lagu Iskandar lah.” Iskandar menjelaskan. Tak
mahu lagi Natasha terus angau dengan si
Firman durjana itu. Den cemburu tau!
“Hah... lagu apa tu?” Natasha kepelikan.
Lagu yang aku dan dia suka? Lagu apa?
“Ok.. listen here..
What day is it? And in what month?
This clock never seemed so alive
I can't keep up and I can't back down
I've been losing so much time
'Cause it's you and me and all of the people with nothing to do, nothing to lose
And it's you and me and all of the people
And I don't know why I can't keep my eyes off of you
All of the things that I want to say just aren't coming out right
I'm tripping on words
You got my head spinning
I don't know where to go from here
'Cause it's you and me and all of the people with nothing to do, nothing to prove
And it's you and me and all of the people
And I don't know why I can't keep my eyes off of you
Something about you now
I can't quite figure out
Everything she does is beautiful
Everything she does is right
'Cause it's you and me and all of the people with nothing to do, nothing to lose
And it's you and me and all of the people
And I don't know why I can't keep my eyes off of you
And me and all of the people with nothing to do and nothing to prove
And it's you and me and all of the people
And I don't know why I can't keep my eyes off of you
What day is it?
And in what month?
This clock never seemed so alive”
What day is it? And in what month?
This clock never seemed so alive
I can't keep up and I can't back down
I've been losing so much time
'Cause it's you and me and all of the people with nothing to do, nothing to lose
And it's you and me and all of the people
And I don't know why I can't keep my eyes off of you
All of the things that I want to say just aren't coming out right
I'm tripping on words
You got my head spinning
I don't know where to go from here
'Cause it's you and me and all of the people with nothing to do, nothing to prove
And it's you and me and all of the people
And I don't know why I can't keep my eyes off of you
Something about you now
I can't quite figure out
Everything she does is beautiful
Everything she does is right
'Cause it's you and me and all of the people with nothing to do, nothing to lose
And it's you and me and all of the people
And I don't know why I can't keep my eyes off of you
And me and all of the people with nothing to do and nothing to prove
And it's you and me and all of the people
And I don't know why I can't keep my eyes off of you
What day is it?
And in what month?
This clock never seemed so alive”
Iskandar
menyanyi dengan penuh perasaan. Suaranya yang dirasakan jauh lebih merdu
berbanding Jason Wade membuatkan Natasha terkedu. Bukan merdu yang melampau.
Bukanlah juga Iskandar bersuara emas seperti P Ramlee,lunak merdu seperti Anuar Zain, mengancam seperti Afgan, serak
basah seperti Bryan Adam, mahupun kejantanan seperti TOP Big Bang.
Suaranya
biasa saja. Dia menyanyi seperti biasa dengan baik, merdu dan membuai perasaan
seperti sesiapa sahaja yang boleh menyanyi. Namun mampu membuatkan semua rama-rama dalam
perut Natasha berhenti berterbangan untuk menikmati suara Iskandar. Merasakan setiap
getaran suara itu yang membuatkan jantung Natasha berdegup lebih laju daripada
biasa.
Natasha
memandang Iskandar denagn seribu perasaan dan satu perasaan yang pasti ialah
dia terharu. Dia gilakan lagu itu dan sekarang suaminya yang tercinta
menyanyikan lagu itu untuknya. Memang membuai perasaannya. Air mata bergenangan
di tubir matanya. Dia sebak.
“Hey..
Hey.. sayang kenapa sedih sangat ni?” Iskandar kalut. Kereta diberhentikan di
bahu jalan. Sangkanya Natasha tidak sukakan apa yang dia buat tadi. Takkanlah
nak kongsi suka lagu pun tak boleh?
“Nothing
abang… Tasha cuma terharu. Tasha sukakan lagu tu.. sedap” Natasha bersuara sepatah-sepatah.
Entah
kenapa klausa kata hilang dari akalnya yang dia tahu mata indah Iskandar
sedang membunuh semua rama-ramanya
sekarang. Ah! Mati aku kalau macam ni. Renungan dia membunuh! Telapak tangan
Iskandar yang tadinya mengenggam jari jemarinya diletakkan di pipinya. Cuba
merasai semua rasa cinta dari Iskandar.
Senyuman manis diberikan kepada Iskandar. Tasha cintakan Abang. Bisik Natasha
dalam hati.
“Datang
pun menantu daddy ni. Dah lama benar daddy tak jumpa Tasha. Mummy tu dah bising
sangat pasal kamu berdua tak datang sini.” Datuk Adam menyambut huluran tangan
Natasha untuk bersalam. Petang-petang begini memang selesa duduk beristirehat di
laman sambil melihat ikan koi kesayangannya berenang di dalam kolam.
“Maaf
daddy. Tasha dengan abang busy. Ini pun Tasha baru habis exam tiga hari lepas.
Sorry ye daddy.” Natasha membalas kata-kata Datuk Adam dengan sopan. Iskandar
yang berdiri disebelahnya dicuit sedikit tanda meminta talian hayat. Namun
Iskandar hanya tersenyum sahaja. Buat tak faham. Biar Natasha sendiri yang
menyelesaikan perkara itu. Ceh. Tak boleh membantu langsung.
“Tak
apalah kalau dah sibuk nak buat macam mana. Pergilah masuk mummy ada kat dalam
tu. Tengah memasak.” Datuk Adam malas nak memanjangkan cerita. Nak marah buat
apa? Bukannya mereka sengaja tak mahu datang kerumahnya. Mereka kan sibuk.
“Baik
daddy. Eh. Ini Tasha ada bawa something special untuk daddy dengan mummy.”
Natasha menunjukkan kepada beg kertas
yang dijinjit iskandar. Maklumlah dia kan berlenggang aje. Semuanya Iskandar
yang bawa. Beg tangannya pun kalau boleh iskandar ingin bawa. Sayanglah katakan.
“Wah!
Apa tu?” Soal Datuk Adam teruja.
Dia
segera duduk di kerusi kayu di sebelah kolam itu. Teruja benar bila
mendengarkan perkataan surprise.
“Rahsia.
Nanti masa berbuka baru boleh tengok.” Natasha membalas nakal jari telunjuknya
diletakkan di bibir tanda rahsia. Dan terus mengambil beg kertas itu dari
tangan Iskandar dan terus berlalu masuk ke dalam rumah. Kedua pasang mata
tersebut mengekori Natasha sehingga masuk ke dalam rumah.
Datuk
Adam memandang Iskandar semula. Iskandar memandang Natasha bagaikan memandang
seorang bidadari. Matanya tidak berkelip walaupun Natasha telah lama hilang
dari pandangannya. Senyuman nakal diberikan kepada Iskandar.
“You
seems fine with her now son.”
“Yeap.
She’s my wife dad. How else am I supposed to treat her? I love her”
“You
did?”
“Yup.
I did. More than myself. Much more than Arwah Intan.” Iskandar duduk di sisi bapanya.
Mujur
bapanya memahami ketika dia memberitahu bahawa dia tidak serasi dengan Natasha
dahulu. Dahulu dia pernah menceritakan permasalahannya dengan Natasha. Dia pernah
memberitahu bahawa mereka tidak serasi. Malah dia pernah mengutarakan keinginan
untuk berpisah dengan Natasha. Tetapi Datuk Adam telah menegahnya untuk
melakukan itu. Dia menyuruh Iskandar untuk bertahan dahulu.
“I’m
glad to hear it son. She’s one in a million. Don’t lose her.” Tangan Iskandar
ditepuk beberapa kali tanda memberi semangat.
“I
won’t. She’s my life. I’m just too crazy over her.”
Iskandar
tergelak kecil dengan pengakuannya itu. Datuk Adam turut tergelak sama apabila
melihat muka Iskandar kemerahan kerana malu. Dulu Iskandar tak pernah begini.
Dia dulunya lantang mengaku cintanya kepada Intan. Dia tak pernah tersipu
sebengini. Nampak benar cintanya kepada Natasha lebih agung berbanding cintanya
kepada Intan.
“Remember.
Don’t break her heart. She’s not only my daughter in law but she’s too my
daughter. So do not ever hurt her. Promise that.” Datuk Adam memberi amaran.
Tak
sanggup dia melihat jikalau Natasha merana suatu hari nanti. Natasha sudah
dianggap seperti anak sendiri. Dia tidak akan sesekali membela iskandar jika
suatu hari nanti Iskandar melukakan Natasha. Dia akan berada di pihak Natasha. Janjinya
kepada arwah bapa Natasha untuk menjaga Natasha tidak sesekali dia lupakan.
Masih
dia ingat lagi ketika kali terakhir dia berjumpa dengan sahabat baiknya itu.
Encik Firdaus berkali-kali berpesan kepadanya untuk melindungi Natasha dan
menjaganya seperti anak kandungnya sendiri. Encik Firdaus memang sahabat
terbaiknya. Dari mereka belajar di sekolah menengah lagi mereka bersahabat
baik. Mereka telah berjanji untuk menjadi sahabat sehidup semati. Tetapi siapa
yang dapat melawan takdir tuhan. Encik Firdaus pergi menghadap pencipta terlebih
dahulu darinya.
“Insha
Allah daddy. Insha Allah.”
“Insha
Allah Is tu akan dituntut suatu hari nanti tau.” Ugut Datuk Adam lagi.
Kepala Iskandar yang masih tersengih lebar
diusapnya. Anak tunggallah katakan. Dah besar panjang pun masih ingin bermanja.
Iskandar mengangguk. Insha Allah dia akan mengootakan janjinya itu. Masakan dia
sanggup untuk melukakan Natasha. Dia cintakan Natasha melebihi dirinya sendiri.
Natasha ialah nyawanya sekarang. Tak mungkin dia sanggup.
Romantiknya... Tersenyum-senyum baca especially part Is nyanyikan untuk Tasha... Jatuh cinta ngan Is... LOL
ReplyDeletemuehehe... wah.. jatuh cinta dia.. kena berebut lah ni dgn saya..
Deletewow best and sweeatnya nak lagi entry seterusnya
ReplyDeletehehehe.. terima kasih syg... sabaq naa
DeleteAmboi isni makin bijak menyelami hati tasha....beznyerrrr... tasha pun nmpknya dah cintakan is sepenuh hati... rama2 kini terbang beriringan lakan..
ReplyDeletehehehe.. terima kasih darl.. memeylah cinta.. Abang Amin dia lah katakan. senyum sampai ke telinga lah jawabnya
DeleteSuke2...hehe
ReplyDeletehehehe.. yaay!!
Deletesuke...
ReplyDeletehik hik hik.. yaayy!!
Deletesweet sgt !! love it so much kak :D hewheww keep it up ! :))
ReplyDeletehehehe.. thanks darl.. teruskan menyokong ye!! oh yeah!!!
Deletehehe most welcome kak ! :DD akan selalu jdi stalker setia akak ! hewheww
Deletehehehe.. yaay.. teruskan ye sayang...
Delete