Wednesday, August 7

My Hubby My Lecturer!!! bab 28

Iskandar mencari Natasha di sekeliling rumah. mana dia ni? Tak ada pun di mana-mana. Kolam yang dalam direnungnya. Manalah tahu Natasha sedang berenang ke. Taka da juga.  Pelik. Tadi dia kata nak pasang ajak mengemas. Sekarang mana dia pergi? Takkanlah aku pergi solat sekejap pun dia dah hilang. Iskandar menjengah ke semua sudut. Rasa risau mula menyelubungi dirinya. Kemanakah isterinya? Esok sudah nak raya. Isterinya pula hilang entah kemana.

“Sayang. Sayang. Sayang kat mana tu?” Iskandar mula melaung. Risau rasa hatinya ketika ini.

Iskandar duduk sebentar di tepi kolam. Dia mula berfikir. Di mana Natasha? Rasanya semua tempat telah dia cari bahkan sampai ke stor belakang rumah pun sudah dia jengah. Tapi Natasha masih tiada. Di mana ya?

Iskandar meramas rambutnya. Jantungnya berdebar laju. Tasha kena culik ke? Ya Allah! Betul ke? Iskandar berdiri untuk mengambil telefon bimbitnya di dalam bilik. Ah! Daripada telefon polis lebih baik aku pergi balai terus. Siapa yang culik Tasha? Terngiang-ngiang kembali suara Haikal di telinganya. Sebelum cuti semester bermula dia ada terserempak dengan Haikal yang menyoalnya secara tiba-tiba ketika mereka berpapasan di luar perpustakaan.

“Sir gembira sekarang?”

“Alhamdulillah saya gembira. Dengan isteri saya dengan kerjaya saya dengan hidup saya.”

“Baguslah. Nikmati puas-puas kegembiraan tu. Sebab ikut pada tilikan saya. Kegembiraan sir tu tak lama.”

“Saya orang Islam saya tak percaya kepada tilikan. Saya percaya kepada Allah. Hidup, mati, jodoh, rezeki saya, saya percaya Allah dah aturkan sebaiknya. Saya tak akan pernah persoalkan. Dan kalau awak terror sangat menilik silalah tilik result exam awak. Sorry to say but saya tengok awak tak perform kali ni. Nanti balik tilik baik-baik ye.”

“I don’t give a damn about the exam. I can live with my father’s money. I just care about Natasha. So for now I politely wish you joy because it won’t be for long.”

“Sorry for you because I’ll stick to her till us both die.”

“That’s why I said it won’t be for long. Have a nice day sir” Dengan senyuman sumbing di bibir Haikal meninggalkan Iskandar yang sedang cuba mencerna kata-katanya tadi.

Macam mana kalau Haikal si jambu psiko tu yang culik Tasha? Ya Allah macam mana ni? Ya Allah bantulah aku. Mana aku nak cari isteri aku ni? Tasha pergi mana ni sayang. Dah senja ni. Dari petang tadi abang cari sayang. Iskandar menapak laju masuk ke dalam rumah.

Sebaik sahaja kaki iskandar menjejak tangga teratas telinganya menangkap suara tangisan. Suara siapa? Pintu bilik ibu mertuanya yang sudah lama tidak dibuka kelihatan terbuka sedikit. Tasha ke? Iskandar menghampiri bilik itu. Pintu dikuak. Jelas Natasha sedang memeluk sepasang telekung dan kain pelekat ibu bapanya. Wajahnya menunduk. Air mata jelas kelihatan menitis dari hidung mancungnya.

Iskandar tersentak melihat Natasha begitu. Kenapa? Dia berlari mendapatkan Natasha. Natasha diraih ke dalam pelukannya. Niatnya supaya Natasha lebih tenang tetapi tangisan Natasha semakin kuat. Dia tersesak kuat di dada Iskandar.

“Sayang. Sayang shhhh… kenapa ni?” Kepala Natasha diusap. Dadanya berdegup kencang melihat keadaan Natasha.

“Tasha… Tasha…. Rindukan… mama dengan papa…” Natasha bersuara dalam kepayahan.

Iskandar dipeluk kuat. Dia menangis semahunya di dada Iskandar. Rasa yang lama dia tahan diluah semuanya. Sepanjang hampir lima bulan kehilangan orang tuanya dia tak pernah menjejakkan kakinya ke bilik ini. Dia takut jika dia menjejakkan kakinya ke bilik ini dia pasti akan menjadi seperti sekarang. Menangis kesedihan dan menyiksa ibu bapanya.

Sebenarnya niat dia tadi cuma untuk mengemas bilik itu. Biarlah bilik itu tidak bertuan pun apalah salahnya dia bersihkan. Dia sangka dia tidak akan menangis. Dia akan tabah. Tetapi sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik itu bau mamanya seperti masih melekat di dalam bilik itu. Semua memorinya bersama mereka terlayar kembali. Dahulu mereka akan bersama-sama membuat persiapan hari raya. Semua benda akan dibuat bersama-sama. Tetapi tahun ini mereka sudah tiada. Tiada lagi ibu bapanya. Tiada lagi kasih sayang mereka. Hatinya terasa sesak sekali bila mengingatkan semua itu. Ya Allah Kau tabahkanlah hati aku.

“Sayang. Tak mau macam ni. Jangan menangis. Kita sepatutnya doakan mereka bukan menangis dan menyeksa mereka. Sayang, abang ada ni kan. Sabar cinta sabar.” Iskandar berusaha sedaya upaya untuk menenangkan Natasha yang sedang teresak menangis.

“Tasha rindu kan mama abang. Dulu mama yang teman Tasha buat semua ni. Tasha nak dengar suara mama. Tasha rindu dengar papa berdehem. Tasha rindu nak tengok muka mereka. Tasha takut. Tasha takut bayangan muka mereka semakin lama semakin susah Tasha nak ingat. Tasha tak nak wajah mama dengan papa hilang dalam kepala Tasha. Abang.. Tasha tak nak.” Semakin serabut bahasa Natasha. Tangisannya semakin kuat. Dadanya terasa sesak dengan rasa sebak, takut, sedih, kerinduan, dan air mata yang tanpa henti merembes keluar.

“Sayang. Pandang abang. Pandang abang.”

Iskandar mengangkat wajah Natasha supaya memandangnya. Natasha cuba mencelikkan matanya yang basah supaya menatap wajah suaminya. Iskandar kelihatan kabur di pandangannya. Segalanya kelihatan terpalu kabur. Tapi dia tak kisah. Dia tak kisahkan semua itu.

“Cinta dengar sini. Cinta tak boleh macam ni. Jangan menangis macam ni. Sayang dengar abang cakap ni. Sayang pandang abang. Sayang nampak muka abang kan. “

 Natasha mengangguk.

“Sekarang cuba pejam mata. Masih nampak tak?”

Angguk lagi.

“Kalau macam tu maknanya cinta nampak abang dengan hati. Bukan dengan mata.  Cuba sayang pejam mata ingat mama dengan papa dengan hati. Mesti sayang tak akan lupa. Jangan risau. Mereka sentiasa ada dalam hati Tasha. Mereka tak pernah hilang. Sebab Tasha dah ukir wajah mereka dalam hati Tasha lama dulu. Jangan risau sayang. Setiap saat Tasha boleh pandang mereka. Cuma pejamkan mata dan pandang dengan hati. Mereka pasti ada.”

Iskandar memegang muka Natasha yang masih memejamkan matanya. Natasha kelihatan lebih tenang. Lama-kelamaan senyuman kecil mula terukir di bibir Natasha. Iskandar lega. Kelegaan yang berganda. Lega kerana sangkaannya Natasha diculik salah sama sekali dan lega kerana Natasha sudah kembali tenang.

Natasha terus memejamkan matanya. Al-Fatihah disedekahkan kepada kedua orang tuanya.  Doanya mereka ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Matanya dibuka perlahan. Jelas wajah risau Iskandar tepampang di hadapannya. Dia menghadiahkan senyuman kepada suaminya itu. Suami yang sekalipun tak pernah tinggalkan dia ketika dia mengalami kesusahan. Wajah Iskandar kembali tenang dan turut membalas senyuman kepada Natasha.

“Terima kasih abang.” Suara Natasha serak.

“Tak usah berterima kasih sayang. Abang tak berjasa apa-apa pun pada sayang.” Pipi Natasha yang basah dengan air mata dikesat dengan jemarinya.

Natasha mencapai tangan Iskandar yang mengesat pipinya tadi dan menggengamnya lama. Ingin meresap semua ketenangan Iskandar ketika itu. Telapak tangan Iskandar diletakkan di pipinya. Iskandar tersenyum melihat kelakuan Natasha. Dia hanya membiarkan sahaja Natasha kembali tenang.




“Sayang. Nak pergi beli barang basah tak malam ni?” Iskandar menyoal Natasha yang sedang tekun menggosok baju raya mereka.

Warna putih sedondon pilihan Iskandar. Alasannya dahulu sewaktu mereka berkahwin mereka memakai baju nikah tanpa rasa cinta. Sekarang biar mereka merasakan memakai baju seumpama itu dengan rasa cinta penuh di hati. Natasha terpaksa menurut sahaja kerana Iskandar yang membayar. Jadi mahu atau tidak mahu dia terpaksa bersetuju. Yang penting Iskandar sama sekali tidak bersetuju dengan cadangannya membeli baju melayu Aaron Aziz.

“Tak payahlah barang-barang basahkan Pak Ali dah beli tadi. Kejap lagi baru Tasha masak rending.”

Iskandar duduk merapat di sisi Natasha. serapat mungkin sehingga sukar untuk Natasha menggerakkan tangannya untuk menggosok baju. Natasha berpaling memandang Iskandar. Matanya tajam memandang. Keningnya diangkat tanda bertanya. ‘Awaitnya ni? nak apa?’ Iskandar pula hanya tersengih-sengih mempamerkan giginya yang putih teratur. Dia masih lagi dengan posisinya tadi.

“Jomlah sayang. Kita pergi shopping shopping macam hari tu.” Iskandar merengek. Startegi pertama dilancarkan supaya membuatkan Natasha rimas sehingga bersetuju.

Natasha buat tak hirau. Tangannya ligat memasukkan butang ke dalam lubang butang di baju melayu Iskandar. Nak pergi shopping ni mesti kes dia nak main troli ni. Itu mesti agenda utama dia.

“Tak payahlah. Sekarang dah pukul lapan dah pun. Bila Tasha nak start masak? Nak masak rendang bukan sekejap abang.” Hidung Iskandar dicuit sedikit.

“Alah jomlah sayang. Kita pergi beli barang. Kuih raya ke. Air berbotol-botol ke. Apa ke. Boleh main troli sekali.” Haaa… kan dah cakap tadi. Itu agenda utama dia.

“Cik abang pujaan hati. Awak bukan umur lima tahun lagi lah nak pergi main troli. Awak dah dua puluh tujuh tahun tau.” Natasha mula membebel. Terbalik pula kali ini. Selalunya Iskandar yang akan membebel tetapi hari ini dia yang mengambil alih tugas Iskandar itu.

“Alah jom lah. Tasha sebenarnya tak sayang abang kan?” Startegi kedua. Apabila strategi pertama tak berjalan lancar strategi kedua perlu dilancarkan. Strategi reverse psychology.

“Laa… tak nak pergi main troli pun consider as tak sayang abang ke?” Soal Natasha. Geram dengan suaminya itu. Mengalahkan budak-budak kecil!

“Jadi betullah Tasha tak sayang abang? Siapalah kita ni. nak minta satu benda pun tak boleh. Orang tak sayanglah katakan.” Iskandar memalingkan mukanya dari memandang Natasha. Tetapi di sebalik panangan Natasha dia sibuk menjeling rupa Natasha. Nak tengok reaksi Natasha lah katakan.

“Ok. Ok Fine! Jom!” Natasha menarik muka Iskandar mendekatinya dan mencium pipi Iskandar kuat. Rasakan! Iskandar pula terkaku. Tak pernah Natasha membuat langkah hebat sebegitu. Rasa nak pengsan ni. Ambulance… Ambulance… selamatkan saya.




“Apa yang abang nak beli sebenarnya ni? dari tadi yang ada dalam troli ni cuma roti gardenia je.” Natasha yang berjalan memaut lengan Iskandar menggaru kepalanya yang tidak gatal. Iskandar mencapai tangan Natasha. Cincin di jari manis Natasha dimainkan. Kemudian menanggalkan cincin itu dan disarungkan ke jari kelengkengnya.

“Humm… apa ye. jom beli air dalam botol tu. nanti tak payah nak buat air lagi.” Alasan terbaik Is!

Natasha mengangguk. Tetapi dahinya masih lagi berkerut. Kenapa Iskandar asyik terteleng-teleng ke belakang. Ada artis ke yang datang ke Tesco Ampang ini? Ke dia nak jumpa girlfriend dia dekat sini? Dia ada affair lain? Perempuan lain?  Hey! Hey! Hati. Jangan jadi busuk. Jangan nak curiga tak tentu pasal dengan suatu benda yang tak berasas.

“Sayang abang nak ke toilet sekejap. Kejap lagi abang datang.”Iskandar terus berlalu. Natasha mengetap bibir.


Istighfar. Istighfar Tasha. Jangan fikir bukan-bukan. Mana tahu dia memang nak ke tandas. Jangan jadi busuk hati sangat. Cis syaitan ni! Baru malam ni terlepas dari dirantai sibuk nak menghasut aku. Pergi jauh-jauh! Natasha memerhati susuk tubuh Iskandar yang semakin mengilang di celah orang ramai. Sambung shopping Tasha yaay!! Lima bar coklat gelap Van Houten dimasukkan ke dalam trolinya. Nak datang bukan selalu kan. Muehehe...

8 comments:

  1. Tergantung ! Knp is amek cincin dye? Arhh.. ade agenda laen r tuh.. hikhik
    Sabau jo lah nak tggu nxt n3.. huuuu
    fighting sis ! Hee

    ReplyDelete
  2. next entry mesti tasha kena kidnap ne.. Hahaha

    ReplyDelete
  3. :) tergantung... nx en3 .. cepat .. nk tahu apa yg jdikk..

    ReplyDelete
  4. ap yg is nk buat?

    ReplyDelete
  5. gantung la..nx en3 please..

    ReplyDelete
  6. Is nak blikn cincin bru tuk Tasha le tue.. cincin b4 ni tak aci coz bukn dtg dr hati.. hehehe.. :)

    ReplyDelete
  7. Wah bnyk kjutn ni crta ya bgus2...... ........

    ReplyDelete
  8. Cfirm nak beli cincin lain kan, sbb dulu tak de rasa pun, silap2 nak beli sepasang... mana tau cincin platinum yg berukir nama diaorg, so sweet... tp is nibila manja mengalahkan kanak2 x dpt bgula2 je lakunya

    ReplyDelete