Sunday, August 4

My Hubby My Lecturer!!! bab 26

“Hye cinta dah siap ke?” Iskandar memeluk Natasha dari belakang.

“Arrrgghh..”Natasha terjerit sedikit kerana terkejut. Hampir terlepas mangkuk krim di tangannya.

Iskandar tertawa kecil. Mangkuk di tangan Natasha disambut dari belakang badan Natasha. Mujur tangannya panjang kalau tidak pasti sudah terlepas berkecai di lantai mangkuk itu.

“Abang ni tak tahu bagi salam ke? Main terjah je. Terkejut Tasha tau.” Natasha merajuk.

Pelukan Iskandar di pinggang dilepaskan. Orang banyak kerja dia nak bermanja-manja. Tak ada kerja. Orang suruh dia tolong dia sibuk nak mengelat. Dan dan je petang-petang macam ni nak tengok cerita kartun Jimmy Neutron. Memang sengaja nak buat orang merajuk.

“Alololo… merajuk cinta abang ni. Sorry sayang.” Iskandar memujuk. Alamak merajuk pulak dia. Aduhai. Lately suka benar dia merajuk. Kepalanya digaru sedikit. Idea!

Krim yang berada di dalam mangkuk di colek sedikit dengan jari  dan disapu di hidung Natasha. Terjerit kuat Natasha bila diperlakukan begitu. Dan apa lagi. Terjadilah perang mencalit krim. Mujur kek itu masih selamat siap.




Iskandar menekan pantas punat off di radio. Apalah pasal asyik nak keluar je lagu ni? Apalah deejay ni.Bukannya nak pasang lagu raya ke lagu puasa ke. Ini tidak lagu ni juga yang dia nak pasang. Aku ni baru aje nak bergumbira. Dia pasang pulak lagu ni. Aduhai. Natasha yang disebelahnya dipandang sekilas. Ada senyum sinis di situ. Nak gelakkan aku lah tu.

“Abang. Kenapa off? Tasha nak dengar lagu Firman tu.”Natasha merengek. Sengaja nak lihat reaksi Iskandar. Apa katanya nanti. Iskandar mengetap bibir sedikit namun tersenyum semula. Idea bernas timbul di mindanya.

“Tak payahlah sayang dengar lagu Firman. Meh kita dengar lagu khas dari Iskandar.” Iskandar menjawab.

Bibirnya mengukir senyuman manis kepada Natasha sebelum matanya kembali ke arah jalan raya. Jari jemari Natasha yang berada di dalam genggamannya dikucup lama. Natasha pula senang diperlakukan begitu. Rasa dirinya begitu dekat di hati Iskandar.

“Lagu Iskandar? Lagu apa pulak? Tak pernah dengar pun.” Natasha menyoal.

“Haa… itulah cinta tak tahu. Ada satu lagu tu. Samalah macam lagu Firman tapi ini lagu yang Tasha suka dan dah jadi kesukaan abang juga. So nama dia lagu Iskandar lah.” Iskandar menjelaskan. Tak mahu lagi  Natasha terus angau dengan si Firman durjana itu. Den cemburu tau!

“Hah... lagu apa tu?” Natasha kepelikan. Lagu yang aku dan dia suka? Lagu apa?

“Ok.. listen here..
What day is it? And in what month?
This clock never seemed so alive
I can't keep up and I can't back down
I've been losing so much time

'Cause it's you and me and all of the people with nothing to do, nothing to lose
And it's you and me and all of the people
And I don't know why I can't keep my eyes off of you

All of the things that I want to say just aren't coming out right
I'm tripping on words
You got my head spinning
I don't know where to go from here

'Cause it's you and me and all of the people with nothing to do, nothing to prove
And it's you and me and all of the people
And I don't know why I can't keep my eyes off of you

Something about you now
I can't quite figure out
Everything she does is beautiful
Everything she does is right

'Cause it's you and me and all of the people with nothing to do, nothing to lose
And it's you and me and all of the people
And I don't know why I can't keep my eyes off of you

And me and all of the people with nothing to do and nothing to prove
And it's you and me and all of the people
And I don't know why I can't keep my eyes off of you

What day is it?
And in what month?
This clock never seemed so alive


Iskandar menyanyi dengan penuh perasaan. Suaranya yang dirasakan jauh lebih merdu berbanding Jason Wade membuatkan Natasha terkedu. Bukan merdu yang melampau. Bukanlah juga Iskandar bersuara emas seperti P Ramlee,lunak merdu seperti  Anuar Zain, mengancam seperti Afgan, serak basah seperti Bryan Adam, mahupun kejantanan seperti TOP Big Bang.


Suaranya biasa saja. Dia menyanyi seperti biasa dengan baik, merdu dan membuai perasaan seperti sesiapa sahaja yang boleh menyanyi.  Namun mampu membuatkan semua rama-rama dalam perut Natasha berhenti berterbangan untuk menikmati suara Iskandar. Merasakan setiap getaran suara itu yang membuatkan jantung Natasha berdegup lebih laju daripada biasa.


Natasha memandang Iskandar denagn seribu perasaan dan satu perasaan yang pasti ialah dia terharu. Dia gilakan lagu itu dan sekarang suaminya yang tercinta menyanyikan lagu itu untuknya. Memang membuai perasaannya. Air mata bergenangan di tubir matanya. Dia sebak.


“Hey.. Hey.. sayang kenapa sedih sangat ni?” Iskandar kalut. Kereta diberhentikan di bahu jalan. Sangkanya Natasha tidak sukakan apa yang dia buat tadi. Takkanlah nak kongsi suka lagu pun tak boleh?


“Nothing abang… Tasha cuma terharu. Tasha sukakan lagu tu.. sedap” Natasha bersuara sepatah-sepatah.

Entah kenapa klausa kata hilang dari akalnya yang dia tahu mata indah Iskandar sedang  membunuh semua rama-ramanya sekarang. Ah! Mati aku kalau macam ni. Renungan dia membunuh! Telapak tangan Iskandar yang tadinya mengenggam jari jemarinya diletakkan di pipinya. Cuba merasai semua  rasa cinta dari Iskandar. Senyuman manis diberikan kepada Iskandar. Tasha cintakan Abang. Bisik Natasha dalam hati.






“Datang pun menantu daddy ni. Dah lama benar daddy tak jumpa Tasha. Mummy tu dah bising sangat pasal kamu berdua tak datang sini.” Datuk Adam menyambut huluran tangan Natasha untuk bersalam. Petang-petang begini memang selesa duduk beristirehat di laman sambil melihat ikan koi kesayangannya berenang di dalam kolam.


“Maaf daddy. Tasha dengan abang busy. Ini pun Tasha baru habis exam tiga hari lepas. Sorry ye daddy.” Natasha membalas kata-kata Datuk Adam dengan sopan. Iskandar yang berdiri disebelahnya dicuit sedikit tanda meminta talian hayat. Namun Iskandar hanya tersenyum sahaja. Buat tak faham. Biar Natasha sendiri yang menyelesaikan perkara itu. Ceh. Tak boleh membantu langsung.

“Tak apalah kalau dah sibuk nak buat macam mana. Pergilah masuk mummy ada kat dalam tu. Tengah memasak.” Datuk Adam malas nak memanjangkan cerita. Nak marah buat apa? Bukannya mereka sengaja tak mahu datang kerumahnya. Mereka kan sibuk.

“Baik daddy. Eh. Ini Tasha ada bawa something special untuk daddy dengan mummy.” Natasha  menunjukkan kepada beg kertas yang dijinjit iskandar. Maklumlah dia kan berlenggang aje. Semuanya Iskandar yang bawa. Beg tangannya pun kalau boleh iskandar ingin bawa. Sayanglah katakan.

“Wah! Apa tu?” Soal Datuk Adam teruja.

Dia segera duduk di kerusi kayu di sebelah kolam itu. Teruja benar bila mendengarkan perkataan surprise.

“Rahsia. Nanti masa berbuka baru boleh tengok.” Natasha membalas nakal jari telunjuknya diletakkan di bibir tanda rahsia. Dan terus mengambil beg kertas itu dari tangan Iskandar dan terus berlalu masuk ke dalam rumah. Kedua pasang mata tersebut mengekori Natasha sehingga masuk ke dalam rumah.

Datuk Adam memandang Iskandar semula. Iskandar memandang Natasha bagaikan memandang seorang bidadari. Matanya tidak berkelip walaupun Natasha telah lama hilang dari pandangannya. Senyuman nakal diberikan kepada Iskandar.

“You seems fine with her now son.”

“Yeap. She’s my wife dad. How else am I supposed to treat her? I love her”

“You did?”

“Yup. I did. More than myself. Much more than Arwah Intan.”  Iskandar duduk di sisi bapanya.

Mujur bapanya memahami ketika dia memberitahu bahawa dia tidak serasi dengan Natasha dahulu. Dahulu dia pernah menceritakan permasalahannya dengan Natasha. Dia pernah memberitahu bahawa mereka tidak serasi. Malah dia pernah mengutarakan keinginan untuk berpisah dengan Natasha. Tetapi Datuk Adam telah menegahnya untuk melakukan itu. Dia menyuruh Iskandar untuk bertahan dahulu.

“I’m glad to hear it son. She’s one in a million. Don’t lose her.” Tangan Iskandar ditepuk beberapa kali tanda memberi semangat.

“I won’t. She’s my life. I’m just too crazy over her.”

Iskandar tergelak kecil dengan pengakuannya itu. Datuk Adam turut tergelak sama apabila melihat muka Iskandar kemerahan kerana malu. Dulu Iskandar tak pernah begini. Dia dulunya lantang mengaku cintanya kepada Intan. Dia tak pernah tersipu sebengini. Nampak benar cintanya kepada Natasha lebih agung berbanding cintanya kepada Intan.

“Remember. Don’t break her heart. She’s not only my daughter in law but she’s too my daughter. So do not ever hurt her. Promise that.” Datuk Adam memberi amaran.

Tak sanggup dia melihat jikalau Natasha merana suatu hari nanti. Natasha sudah dianggap seperti anak sendiri. Dia tidak akan sesekali membela iskandar jika suatu hari nanti Iskandar melukakan Natasha. Dia akan berada di pihak Natasha. Janjinya kepada arwah bapa Natasha untuk menjaga Natasha tidak sesekali dia lupakan.

Masih dia ingat lagi ketika kali terakhir dia berjumpa dengan sahabat baiknya itu. Encik Firdaus berkali-kali berpesan kepadanya untuk melindungi Natasha dan menjaganya seperti anak kandungnya sendiri. Encik Firdaus memang sahabat terbaiknya. Dari mereka belajar di sekolah menengah lagi mereka bersahabat baik. Mereka telah berjanji untuk menjadi sahabat sehidup semati. Tetapi siapa yang dapat melawan takdir tuhan. Encik Firdaus pergi menghadap pencipta terlebih dahulu darinya.

“Insha Allah daddy. Insha Allah.”

“Insha Allah Is tu akan dituntut suatu hari nanti tau.” Ugut Datuk Adam lagi.

 Kepala Iskandar yang masih tersengih lebar diusapnya. Anak tunggallah katakan. Dah besar panjang pun masih ingin bermanja. Iskandar mengangguk. Insha Allah dia akan mengootakan janjinya itu. Masakan dia sanggup untuk melukakan Natasha. Dia cintakan Natasha melebihi dirinya sendiri. Natasha ialah nyawanya sekarang. Tak mungkin dia sanggup. 

14 comments:

  1. Romantiknya... Tersenyum-senyum baca especially part Is nyanyikan untuk Tasha... Jatuh cinta ngan Is... LOL

    ReplyDelete
    Replies
    1. muehehe... wah.. jatuh cinta dia.. kena berebut lah ni dgn saya..

      Delete
  2. wow best and sweeatnya nak lagi entry seterusnya

    ReplyDelete
  3. Amboi isni makin bijak menyelami hati tasha....beznyerrrr... tasha pun nmpknya dah cintakan is sepenuh hati... rama2 kini terbang beriringan lakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. terima kasih darl.. memeylah cinta.. Abang Amin dia lah katakan. senyum sampai ke telinga lah jawabnya

      Delete
  4. sweet sgt !! love it so much kak :D hewheww keep it up ! :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. thanks darl.. teruskan menyokong ye!! oh yeah!!!

      Delete
    2. hehe most welcome kak ! :DD akan selalu jdi stalker setia akak ! hewheww

      Delete
    3. hehehe.. yaay.. teruskan ye sayang...

      Delete